TAFSIRAN VIRUS DAN PENYAKIT DALAM AL-QURAN DAN HADITH: SATU ANALISIS

Main Article Content

Hamizah Zahari
Naqiyah Liyana
Faiz Hadi Sanadi

Abstract

Dalam al-Quran, Allah SWT banyak menyampaikan ayat-ayat-Nya dalam bentuk perumpamaan seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, azab dan sebagainya. Salah satu makhluk unik yang dijadikan Allah di dalam al-Quran adalah virus. Iaitu makhluk yang lebih kecil daripada nyamuk. Berkenaan virus ini pula, para mufassirīn telah membahasnya sekian lama dan pada 2020 ini, dunia dikejutkan dengan kemunculan virus baru yang disebut sebagai coronavirus atau dikenali sebagai Covid-19. Virus ini bukan sahaja merupakan pembunuh senyap malah kepada individu yang terkena serangan virus tersebut, turut mengakibatkan komplikasi penyakit lain seperti paru-paru dan jantung. Justeru itu, satu kajian khusus berkaitan dengan tafsiran virus dan penyakit yang terdapat di dalam al-Quran perlu dilakukan untuk melihat jenis virus dan penyakit tersebut. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis dokumen di mana ayat-ayat al-Quran yang menceritakan berkenaan virus dan penyakit lalu dikaji dengan teliti makna dan konteks ayatnya berdasarkan kepada kitab-kitab tafsir dan jurnal-jurnal yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa antara virus dan penyakit yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis ialah virus yang menyebabkan penyakit kulit. Kedua, virus dan penyakit yang berpunca daripada manusia itu sendiri. Ketiga, virus dan penyakit taun

Article Details

Section
Articles

References

Al-Quran

Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (HAMKA). 1999. Tafsir Al-Azhar. 3rd ed. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

Abī al-Husīn Ahmad Bin Fīris Bin Zakariyyā. 1999. Muᶜjam Maqāyīs Al-Lughah. ᶜAbd al-Salām Muhammad Hārūn (pnyt.). Beirūt- Lubnān: Dār al-Jīl.

Abī ᶜAbd Allah Bin Ismaᶜīl Al- Bukhārī. 2002. Ṣaḥīḥ Al-Bukhārī. 1st ed. Damshiq-Beirut: Dār Ibnu Kathīr.

Husnul Hakim. 2018. Epidemi dalam alquran (suatu kajian tafsir maudhu’i dengan corak ilmi). KORDINAT Jurnal Komunikasi Anmtar Perguruan Tinggi Agama Islam 17(113–128):.

Ibnu Kathir. 2005. Tafsir Ibnu Katsir. Abdullah bin Muhammad bin Abdurahman bin Ishaq Al-Sheikh (pnyt.). 4th ed. Jakarta: Pustaka Imam asy-Syafi’i.

Ibnu Manẓūr. 2012. Lisan Al-ᶜArab. Beirut Lubnan: Dar Ṣōdir.

Kahwaji., Jafet A. Ojeda Rodriguez; Chadi I. 2021. Vibrio Cholerae. NCBI Resources . https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK526099/ [September 25, 2021].

Kamarul Azmi Jasmi & `Atiqah binti Selamat. 2013. Al-quran satu mukjizat yang menakjubkan. Dlm. Kamarul Azmi Jasmi (pnyt.). Penciptaan Manusia Dari Perspektif Al-Quran, hlm. 1. Selangor: PENERBIT UTM PRESS.

Latif Saad. t.th. Penyakit Kolera: Punca, Simptom dan Rawatan. The Diagnosa . https://thediagnosa.com/penyakit-kolera-punca-simptom-rawatan/ [September 25, 2021].

Leibovici-Weissman Y, Neuberger A, Bitterman R, Sinclair D, Salam MA, Paul M. 2014. Antibiotik Untuk Merawat Taun. Cochrane . https://www.cochrane.org/ms/CD008625/INFECTN_antibiotik-untuk-merawat-taun [September 24, 2021].

M. Yunan Yusuf. 2014. Metode penafsiran al-quran: tinjauan atas penafsiran al-quran secara tematik. Syamil 2(1):59–62.

Mohd Faizal b. Mohamed Yusuf. 2015. Bakteria VS Virus. My Health For Life . http://www.myhealth.gov.my/en/bakteria-vs-virus/ [September 26, 2021].

Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar. 2020. Apakah gejala penyakit kolera (Cholera) dan cara mencegahnya? Doctor On Call . https://www.doctoroncall.com.my/soalan/penyakit-kolera-cholera-simptom-punca [September 25, 2021].

Muhammad al-Ṭōhir Ibnu ᶜĀshūr. 1997. Tafsīr Al-Tahrīr Wa Al-Tanwīr. Tūnis: Dār Sahnun Lilnashar wa al-Tawzīᶜ.

Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin & Zaharani Ahmad. 2012. Peluasan makna alim: analisis semantik kognitif. Journal of Language Studies (GEMA) 12(2):457.

Nor Syamimi Mohd, Haziyah Husin & Wan Nasyrudin Wan Abdullah. 2016. Pendefinisian semula istilah tafsir ‘Ilmi. Islamiyyat 2(38):149–54.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2018. Sakit Nabi Ayyub As. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan . https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2914-al-kafi-979-sakit-nabi-ayyub-as [September 8, 2021].

Sayyid Quṭub. 2000. Tafsir Fi Zilalil Quran Di Bawah Bayangan Al-Quran. Yusoff Zaky Haji Yacob (pnyt.). 1st ed. Kuala Lumpur: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Widya Citra Andini. 2020. Jenis Penyakit Kulit Menular dan Tidak Menular yang Umum. Hello Sehat . https://hellosehat.com/penyakit-kulit/jenis-penyakit-kulit/ [September 12, 2021].